Selepas hujung minggu yang penuh dengan berita perkahwinan Lisa Surihani & Yusry serta Ana Raffali & Ahmad Aznaim, akhirnya OHBULAN! kembali pada mood ‘single’. Mungkin anda terkejut bukan kerana tiba-tiba saja tiada angin tiada ribut, timbul khabar angin sebegini pula.
Kalau sebelum ini Farina atau Zafarina Jamhari pernah mencetuskan kontroversi dengan gambar-gambar seksinya, kini janda anak satu yang berasal dari Sarawak ini dipercayai akan berkahwin dengan seorang VIP yang OHBULAN! sendiri tidak pasti benar atau tidak.
Gosip yang telah ditimbulkan seminggu lepas oleh sebuah blog hiburan, Rotikaya, telah menimbulkan tanda tanya kepada kami. Menurut blog ini, seorang artis AF bakal menjadi isteri kedua seorang VIP dan baru-baru ini artis itu baru sahaja menghabiskan percutian di Pulau Langkawi dengan kapal layar peribadi milik VIP tersebut.
Hasil siasatan kami mendapati Farina dipercayai adalah salah seorang artis AF yang baru balik dari percutian di Pulau Langkawi. Namun tidak dapat dipastikan adakah dialah wanita bertuah tersebut. Biasalah, artis AF ni bukan seorang, susah mahu cari dari musim pertama hinggalah kesembilan. Jika salah maklumat yang diberikan pada kami, maka salahlah spekulasi ini.
Mungkin anda ada info yang berguna untuk kami mengenai gosip yang sedang berlegar-legar dalam industri sekarang ini, apa salahnya berkongsi kan?