Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35692

Projek Pistol Mewakili Malaysia Ke Hong Kong Asia Pop Music Festival

$
0
0


Selepas kejayaan Projek Pistol dalam Anugerah Juara Lagu 26, Projek Pistol akan berangkat ke Hong Kong setelah dipilih oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) untuk mewakili Malaysia dalam pertandingan Hong Kong Asia Pop Music Festival bermula pada 21 Mac 2012 sehingga 24 Mac 2012 nanti.

Hong Kong Asia Pop Music Festival ini akan mengumpulkan penyanyi-penyanyi popular dari Hong Kong, China, Taiwan, Korea Selatan, Jepun, Singapura dan Malaysia pada 23 Mac ini di Hong Kong Exhibition & Convention Centre, Hong Kong. Seperti mana pada tahun sebelumnya, tahun ini Projek Pistol yang dianggotai Boy Clifford sebagai penyanyi, Edrie Hashim (Gitar), Zham (Gitar Bass) dan Pae (Drum) akan bersaing dengan 6 buah negara ini yang akan di wakili oleh penyanyi Negara mereka masing-masing dan mereka akan bersaing untuk merebut gelaran juara dan sekali gus dapat mengharumkan nama negara Malaysia .

Selain itu HKAMF ini juga adalah salah satu platform bagi Projek Pistol dikenali di luar negara malah dapat berkongsi genre musik yang mereka bawa. Format HKAMF mempunyai 2 pusingan pertandingan iaitu pusingan pertama dan kedua. Pada pusingan pertama, ketujuh-tujuh negara peserta perlu memainkan 1 lagu sendiri mengikut pilihan sendiri. Selepas itu, hanya 4 negara peserta sahaja yang akan layak untuk memasuki peringkat ke-2 (Pusingan Akhir). Semua peserta yang menyertai festival ini merupakan artis yang terulung bagi setiap negara masing-masing.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35692