Mungkin sudah namanya pun sedap didengar, pelakon, Rabecca Nur Al-Islam kini bercadang untuk membuka sebuah rumah kebajikan untuk anak-anak yatim.
Menurut akhbar online tempatan, mStar, Rabecca yang ditemubual menjelaskan bahawa dia berhasrat membuka rumah kebajikan kerana dia ingin terlibat secara serius dengan mereka yang bermasalah selain sukakan aktiviti kebajikan itu sendiri.
“Saya banyak terlibat dengan pelbagai aktiviti kebajikan dan sentiasa berasa gembira kerana dapat melakukannya tambahan pula jika ia melibatkan golongan anak yatim dan orang tua. Sebab itu saya memasang cita-cita untuk membuka rumah kebajikan atau pun sebuah yayasan supaya dapat terlibat secara serius dalam kerja-kerja seperti ini.” – petikan dari mStar.
Baguslah kalau begitu, jika semua selebriti yang kaya-raya berhasrat begitu kan bagus? Ini tidak, duit banyak tapi habis di kelab malam dan beli kereta mahal-mahal buat koleksi. Apa pun tak boleh.
Related posts:
- Agnes Monica Penyanyi Wanita Pilihan Kanak-Kanak Indonesia
- 10 Tahun Tinggal Di Hotel Akhirnya Ramli MS Beli Rumah!
- Britney Spears Pilih Jadi Guru Jika Tidak Jadi Selebriti.
- Hollywood: Ahli Black Eyed Peas, Will.I.Am Buka Syarikat Kereta Sendiri!
- Aidil Zafuan Keluar Dari Rumah, Tinggalkan Rita Rudaini & Anak-Anak?