Rakaman video seks yang disyaki melibatkan ketua pembangkang telah dimuat naik ke laman Youtube semalam, dan disebarkan kepada orang ramai sekitar pukul 6 petang tadi. Video berdurasi 1 minit 47 saat itu merupakan sebahagian daripada rakaman 20 minit yang didedahkan kepada sekumpulan wartawan terpilih di Hotel Seri Carcosa, baru-baru ini.
Setakat ini, video sneakpeak ini telah ditonton sebanyak 300 kali dan dijangka akan meningkat dalam masa terdekat. Video berjudul VTS 01 1 telah diupload oleh empunya akaun “thepowercam”, semalam.
Kenyataan melalui blog Anwar Ibrahim, Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, berdasarkan video palsu yang dimuat turun di laman web You Tube, jelas individu di dalam rakaman berkenaan bukan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kami menutup ruangan komen atas sebab undang-undang.