Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 36486

Sertai Marion Caunter Demi Kempen Kesihatan & Nutrisi Kanak-Kanak

$
0
0

Kekurangan nutrisi di kalangan kanak-kanak Asia mencatatkan jumlah yang amat tinggi berbanding benua-benua yang lain. Pengambilan nutrisi yang tidak seimbang dalam 1000 hari kelahiran bayi boleh mengakibatkan kerencatan pertumbuhan daya pemikiran dan badan kanak-kanak tersebut.

Selain itu, kekurangan nutrisi juga berpotensi membunuh manusia serta penghalang utama untuk pembangunan sumber manusia negara. Atas kesedaran ini, sebuah kempen anjuran”World Food Programme (WFP)” sejajar dengan sambutan International Women’s Day telah melantik hos E! News Asia iaitu Marion Caunter sebagai wajah baru untuk meraih dana serta sokongan kempen Kesihatan & Nutrisi Kanak-Kanak di Asia.

Moto “One Child. One Life. One Chance” merupakan impian yang diwar-warkan oleh WFP demi mendapatkan sokongan daripada orang ramai.

“Dengan menyokong para ibu dengan pemakanan dan nutrisi yang terancang, kita dapat menangani kelaparan untuk 1000 hari pertama selepas kelahiran. Wanita merupakan senjata utama untuk mengatais masalah ini dan kami amat gembira apabila Marion Caunter sudi menjadi wajah yang mewakili penduduk Asia, terutamanya Malaysia,” kata Monica Marshall, wakil WFP.

“Sebagai langkah pertama, setiap makanan yang mereka terima adalah lengkap daripada segi nutrisi yang diperlukan. Program WFP akan membantu wanita mengharungi kelaparan dan kemiskinan,” tambah Monica lagi.

No related posts.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 36486

Latest Images