Peminat Proton yang berada di Stadium Bukit Jalil sempena acara Proton Power Of 1 yang berlangsung mulai 14 – 18 Mac telah dipertontonkan dengan teaser kereta keluaran baru, kod nama : P3-21A. Video berkenaan turut mendedahkan beberapa fungsi canggih kereta baru ini, terutamanya fungsi sistem Electronic Stability Programme (EPS), pertama yang seumpamanya sepanjang sejarah Proton.
Bekas pemandu F1, Jean Alesi yang juga merupakan duta jenama Lotus muncul dalam video ini, berkemungkinan Proton sudah mengikat pemandu ini sebagai wakil kepada P3-21A.
Kepada peminat Proton, anda boleh mengikuti update terkini bersama rakan media, Paultan.org mengenai acara Proton Power of 1.
No related posts.