Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35582

Aktor “American Pie”, Seann William Scott Sudah Bertunang

$
0
0

Kepada anda semua, pasti ada yang tidak tahu kan filem American Pie? Ouh tidak, mana mungkin anda tak tahu. Walaupun filem ini tidak dibenarkan ditayangkan di Malaysia, tapi kami pasti majoriti peminat filem Hollywood pernah menonton salah satu filem bersiri ini ataupun kesemuanya sekali, kan?

Siapa yang tidak kenal Seann William Scott, 35, atau watak Steve Stifler dalam “American Pie”? Dikhabarkan di Hollywood sudah kecoh mengenai berita pertunangan aktor “American Pie” ini bersama dengan seorang bekas model pakaian dalam Victoria Secret, Lindsay Frimodt.

Menurut sumber, jika berita ini benar, maka sudah sebulan Scott bertunang kerana sebelum ini dia pernah memberitahu bahawa dia sudah bertunang pada 14 Februari yang lalu sempena Hari Valentine. Aktor kelahiran Minnesota, Amerika Syarikat ini dalam kenyataannya pada media ketika mempromosikan filem terbarunya berkata, “I have a girl in my life, so I think she’d be really p**sed, but I gotta say I love Australia and have been here a lot.”

Untuk pengetahuan, filem terbaru Seann William Scott iaitu “American Pie Reunion” bakal dipawagam Amerika Syarikat pada April ini. Apa yang pasti, Malaysia memang tidak akan membenarkan filem itu ditayangkan disini.

Sumber : Daily Telegraph

No related posts.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35582

Trending Articles