Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35670

Penganjur Tengking & Cuba Halau Penaja

$
0
0

Amalan dunia bisnes, setiap pihak mempunyai kepentingan masing-masing yang perlu dipertahankan. Penganjur sudah tentu mahukan keuntungan, manakala penaja mahukan jenama mereka sampai ke hati para peminat.

Al-kisahnya, baru-baru ini berlangsungnya sebuah konsert berskala serdahana yang melibatkan si penganjur dan sebuah syarikat komunikasi. Difahamkan, syarikat telekomunikasi berkenaan sudah mengikat kontrak untuk beberapa konsert yang sudah diadakan, dan akan diadakan. Kiranya, si penganjur sebenarnya untung besar kerana mereka sudah boleh duduk goyang kaki menunggu duit pihak penaja berdasarkan kontrak yang dipersetujui.

Kedatangan artis antarabangsa sudah tentu mengujakan pihak penaja. Apabila pihak penaja ingin menjemput beberapa media besar untuk hadir ke sesi sidang media, si penganjur tidak membenarkan. Kononnya, sidang media tidak dapat diadakan ekoran kesuntukan masa.

Bagaimanapun, secara kebetulan pada hari konsert, pihak penaja terjumpa dengan wakil blogger yang tidak dikenali dan akhirnya mengetahui bahawa sebuah sidang media diadakan untuk artis antarabangsa berkenaan.

Seakan terkejut, pihak penaja terus berjumpa dengan penganjur untuk mengetahui kisah sebenar. Sudahlah penat keluar duit, apa yang pihak penaja idamkan tak diberi pula.

“Betul ke ada press conference hari ini, kerana saya tak diberitahu,” tanya pihak penaja dengan nada geram. Sebaik sahaja pertanyaan sebegitu dilontarkan, maka berlakunya pertengkaran antara mereka berdua. Sehinggalah kata-kata berunsur riak dilontarkan oleh si penganjur berbunyi, “Eh, this is still my show. I can chase you out from here, pull out everything. Get the fu*k off!”

Fuh! Bukan main riak si penganjur ni ye? Kalau syarikat lain bukan main lagi menjaga perhubungan awam dengan penaja, tapi tidak pada si penganjur angkuh ini.

Daripada melayan si penganjur angkuh, lebih baik penaja letakkan iklan di blog-blog besar seperti OHBULAN!. Sekurang-kurangnya, kami masih ada budi bicara dan tahu menjaga hati orang lain.

Related posts:

  1. Tajaan Ditarik Kerana Sentapkan Penaja?
  2. Gossip: Artis Menang Anugerah Dilupakan Penganjur
  3. Kumpulan K-Pop Cuba Promosi Di Majlis Raikan Anak Yatim
  4. Kumpulan Dewa 19 Jadi Duta Produk Telekomunikasi Malaysia, Velko
  5. Konsert F1 Rocks, Kylie Minogue & Kelis Dibatalkan!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 35670

Trending Articles