Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35189

Fanpage Usop Wilcha Capai 15000 Peminat Dalam Masa Sehari!

$
0
0

Satu sisi berita yang ramai orang tidak perasan mengenai Usop Wilcha, atau nama asalnya Syed Mohd Asri. Sebuah fanpage yang dibuat oleh peminatnya telah mencapai 15000 peminat dalam masa kurang sehari. Setakat pagi ini, fanpage yang berjudul “Usop Wilcha Glamor di pentas ABPBH 2010” telah mencapai 23754 peminat.

Usop Wilcha, bukanlah pelakon sepenuh masa. Dia juga bekerja sebagai seorang pengurus di sebuah syarikat Oil & Gas, Tanjung Offshore Berhad. Padanlah, malam tadi ketika temubual bersama Scha & Awal di program Fuh, Usop mengenakan jaket Tanjung, siap bertopi lagi. Lagi kejutan, kami dapat tahu yang Usop Wilcha merupakan bapa saudara kepada Scha.

Mengenai fanpage ini pula, Usop Wilcha telah meminta pemilik asal supaya melantik dirinya sebagai admin. Katanya, dia tidak mahu terjadinya kes dimana orang lain bercakap atau bertindak sebagai Usop Wilcha. Betul juga tindakan Usop tu, kan?

Dengar cerita, ada orang popular nak mimpikan Usop Wilcha semasa tidur. Fuh, penangan betul!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35189