Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35189

… Dalam Botol : Bukan RM 1 juta, Tetapi RM 600 Ribu.

$
0
0

Gosip yang kami layangkan minggu lepas nampaknya terjawab sudah. Memang benar, filem … Dalam Botol bukan mengutip RM 1 juta seperti yang diwar-warkan, sebaliknya hanya berjaya mengutip RM600 ribu selepas 2 minggu ditayangkan. Kami dapat tahu ada segelintir editor yang menarik semula artikel tersebut kerana rasa tertipu.

Mstar hari ini melaporkan temubual bersama David Teo, selaku pengedar filem tersebut mengakui bahawa kutipan tidak menjangkau angka sebenar. Kemungkinan besar, pihak media salah faham dengan kenyataan Raja Azmi menyebabkan timbulnya kontroversi seperti ini.

Sebenarnya, Raja Azmi tidak mengatakan filem itu sudah mengutip RM1 juta tetapi ia dijangka mampu mencapai sasaran itu jika filem tersebut terus ditayangkan.

Dalam sebuah temubual Kerusi Panas terbitan Bernama baru- baru ini, Raja Azmi menyatakan dia berkemungkinan bersara sebagai penerbit filem jika menerima kutipan sebegitu. Apakan tidak, kos produksi tak termasuk promosi sahaja sudah mencecah RM888,000. Jadi, faham-faham je lah.

Satu lagi, bukankah lebih menarik andai Raja Azmi sendiri yang keluarkan statement, kan?


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35189