Selepas kejayaan video pendek My Generasi oleh JinnyBoyTV yang telah mencapai hampir 1.5 juta jumlah tontonan selepas hampir satu bulan dimuatnaik ke laman Youtube, kali ini, JinnyBoyTV kembali dengan video pendek terbaru berjudul, “Only In Malaysia”.
Video berdurasi 8.06 minit ini memfokuskan tentang budaya moden yang hanya terdapat di Malaysia sahaja seperti apa yang rakyat Malaysia lakukan dalam rutin harian hidup mereka. Video pendek ini adalah hasil kolaborasi JinnyBoyTV bersama Hitz.FM dan apa yang lebih menarik, para penonton dapat melihat Greyson Chance bercakap dalam Bahasa Melayu!
OHBULAN! tidak tahu dari mana datangnya idea yang bernas oleh JinnyBoyTV, tapi jika video-video mereka boleh menerapkan nilai murni dan sifat saling menghargai antara satu sama lain dikalangan penduduk Malaysia yang berbilang kaum, kami akan sokong sepenuh hati!
Untuk pengetahuan, video yang baru sahaja dimuatnaik 2 hari yang lepas ini (17 April) telah mencatat hampir setengah juta jumlah tontonan. Anda pasti tak mahu ketinggalan untuk melihat apakah disebalik video ini kan?
Related posts:
- Video: Bunkface Lancarkan Muzik Video Berjudul ‘Panik’!
- Video: Ryan Seacrest Kagumi Rakyat Malaysia, Esther K. Cover Lagu Kelly Clarkson!
- Video: Pemuda Malaysia Lamar Kekasih Sentuh Hati Christina Perri & Ryan Seacrest!
- Video: Teringat Zaman Persekolahan? Filem Pendek “My Generasi” Memang Awesome!
- Video : Pesawat Lancarkan Single Terbaru Berjudul “Bandaraya Ibukota”!