
Bertambah senyum Remy Ishak & Maya Karin apabila filem CUN yang ditayangkan pada 31 Mac lepas telah berjaya mengutip sebanyak RM700 ribu dalam masa seminggu. Pihak produksi juga menjangkakan mereka akan mengutip RM1 juta menjelang hujung minggu ini. Tahniah kami ucapkan kepada krew produksi.
Daripada respon minggu pertama, pihak penerbit mendapati kutipan untuk minggu ke dua semakin meningkat jumlah penontonnya dan ini membuktikan yang penonton telah memberikan maklum balas dan respon yang baik serta turut membantu promosi secara tidak langsung.
Pihak pawagam juga sudah bersetuju untuk melanjutkan tempoh tayangan filem CUN ini ke minggu–minggu yang seterusnya. Pihak penerbit sangat optimis bahawa kutipan filem CUN akan terus meningkat dari hari ke hari walaupun terpaksa bersaing dengan filem – filem baru lain dipawagam pada minggu akan datang.
Anda yang masih belum menonton, baca review kami di Review Filem Cun : Maya Karin & Remy Ishak Couple Of The Year!