Video berdurasi 19 minit ini membongkarkan sisi peribadi artis penuh kontroversi, Zarina Anjoulie, 25 dalam program terbitan NTV7 berjudul Bilik 7.
Pelbagai soalan panas yang diutarakan oleh hos, Richie Rachman termasuk isu-isu pergaduhannya bersama selebriti di Twitter terjawab dalam sesi luahan perasaan ini. Rancangan yang dikendalikan di dalam Bahasa Malaysia ini telah pun menemui penonton bermula 5 April, setiap hari Khamis jam 9.00 malam secara eksklusif di stesen tv berkenaan.
Antara isu menarik, Zarina Anjoulie membandingkan kontroversi gambar seksi photoshootnya dengan aksi sesetengah artis yang sanggup bergambar di tepi kolam dalam keadaan yang lebih seksi. Katanya, “Itu lagi teruk tak berbayar, mana lebih hina? Saya pergi sana dapat RM10 000, banding dengan artis-artis yang pergi tepi pool tu tak berbayar. Pada saya, itu lebih hina.”
Panas kan? Kami pun berpeluh sakan. Video selepas ini.
Related posts:
- Zarina Anjoulie Lavocah Sudah Bertunang?
- “Saya Bersyukur, Mak Cakap Doa Orang Teraniaya Akan Termakbul” – Diva Kontroversi, Zarina Anjoulie Lavocah.
- FHM Girls : Zarina Anjoulie Kongsi Tips Payudara Mantap!
- Zarina Anjoulie Sudah Tidak Sabar Mahu Menimang Anak
- “Orang Panggil Saya Ketiak Lecak Sebab Awak” – Zarina Anjoulie Isytihar Perang Terhadap Lufya