Berita baik untuk para peminat K-Pop khususnya Big Bang. Ya, kami tahu ramai peminat-peminat wanita diluar sana yang sudah tidak sabar dan teringin mahu berjumpa dengan ahli kumpulan Big Bang yang kacak dan ‘nyum nyum’ ini kan?
Menurut laman Facebook rasmi Big Bang, kumpulan yang popular dengan lagu “Love Song” dan “Tonight” ini bakal turun ke Malaysia untuk konsert “Big Bang Alive World Tour 2012″. Tarikh spesifiknya masih tidak diumumkan lagi, namun konsert mereka sudah disahkan dan ini pasti menjadi kejutan yang besar buat para peminat setia Big Bang.
Status yang baru sahaja dimuatnaik 21 minit lepas ini benar-benar menarik perhatian para peminat kerana tidak sampai setengah jam, hampir 1000 komen dihantar dan lebih 3000 “like” dari para peminat. Jadi macam mana? Anda pasti tidak mahu terlepas bukan konsert pertama Big Bang di Malaysia?
Jadi, sila ‘keep in touch’ bersama OHBULAN! untuk berita dan info lebih lanjut mengenai “Big Bang Alive World Tour 2012″ ya!
No related posts.