Sabtu yang lalu berlangsung majlis sambutan Hari Ibu buat tiga pasangan pemenang bagi pertandingan Mak-Over yang telah diraikan oleh tenaga kerja OH BULAN! Ketiga-tiga pasangan bertuah ibu dan anak telah disambut dengan penuh kegembiraan. Pelbagai riaksi dapat dilihat dari raut wajah mereka. Bagi si anak, ini merupakan hadiah yang sangat istimewa yang mereka dapat berikan kepada ibu masing-masing.
Tiga pasangan bertuah yang telah berjaya ke peringkat akhir ialah pasangan pertama Puan Siti 56 dan anaknya Marlia 26 yang berasal dari Cheras,KL. Pasangan kedua dimenangi oleh Puan Siti Suriah 52 dan anaknya Nursulyana 20 berasal dari Bandar Tun Hussien Onn,KL. Manakala pasangan yang ketiga ialah Puan Norilawati 43 dan anaknya Nurul Irqin 24 berasal dari Shah Alam,Selangor.
Setiap pemenang ditatarias oleh sponsor mekap terkemuka ESTEE LAUDER. Acara bermula pada jam 2 petang dimana kesemua tiga pasangan anak dan ibu telah pun di tatarias oleh juru mekap khas dari ESTEE LAUDER. Pelbagai teknik solekan digunakan untuk menyerlahkan lagi gaya penampilan wajah pasangan anak dan ibu masing-masing. Mereka turut membawa pulang set penjagaan kulit Estee Lauder Advance Night Repair Serum sebagai hadiah istimewa.
Setelah selesai di mekap kesemua pemenang pula dibawa untuk menghadiri Majlis Makan Malam bersama pasangan anak dan ibu masing-masing. Pihak tenaga kerja OHBULAN! telah menyediakan tiga buah kereta Santa FE untuk membawa ke semua pemenang ke destinasi seterusnya iaitu ke restoran BIJAN yang terletak di Jalan Conlay KL.
Ketiga-tiga pasangan telah disambut dengan baik oleh pelayan restoran. Mereka menikmat hidangan istimewa yang dihidangkan bersempena Hari Ibu yang diraikan. Bukan itu sahaja,kesemua tiga pasangan pemenang pertandingan Mak-Over juga membawa pulang sebuah kamera digital tajaan Canon.
Video selepas ini.






















































































































































































Related posts: