Gejala pecah rumah mahupun pecah kereta semakin menjadi-jadi pula sekarang ini ya.
Terbaru, kereta milik Yuna yang sedang popular dengan lagu ‘Live Your Life” ini telah dipecah oleh pencuri. Menurut Berita Harian, Yuna dipercayai mengalami kerugian lebih RM5,000 apabila sebuah gitar miliknya termasuk sebuah lagi milik anak didiknya, Diandra Arjunaidi telah diambil.
Ketika kejadian berlaku, kereta tersebut telah digunakan oleh gitaris kumpulan muzik Yuna, Farhan Fadzlishah atau Pa’an, 26, yang meminjam kereta tersebut untuk pulang kerumah. Namun pada jam 5.30 pagi, bapa gitaris berkenaan telah mendengar bunyi bising digaraj sebelum melihat kelibat 2 orang lelaki sedang memecahkan cermin tingkap belakang kereta Yuna.
“Bapa Pa’an terjaga jam 5.30 pagi selepas terdengar bunyi bising di bahagian garaj kereta. Dia memeriksa bunyi bising itu sebelum ternampak kelibat dua lelaki sedang memecahkan cermin tingkap belakang kereta Yuna, manakala dua lagi lelaki sedang menunggu di luar pintu pagar bersama dua motosikal.” – Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan, Tan Ah Chuan, dipetik dari Berita Harian.
Info terbaru dari Yuna, hanya sebuah gitar yang diambil oleh pencuri berkenaan dan gitar miliknya selamat di rumah.
Sumber : Berita Harian & Twitter @yunamusic
No related posts.