Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35709

Lagu Kosong Oleh Najwa Latif Sindir Wartawan?

$
0
0

Terkejut juga OHBULAN! apabila pertama kali mendengar single terbaru oleh Najwa Latif berjudul “Kosong” ini. Lebih sedap dan mantap dari single pertamanya, single terbaru ini secara tiba-tiba menjadi bahan bualan apabila liriknya dikatakan menyindir para wartawan.

Melalui temubual Najwa Latif bersama mStar Online, Najwa menafikan bahawa lirik lagu tersebut menyindir para wartawan dan dia mengakui bahawa lagu tersebut hanya sekadar lagu pemberi semangat kepada dirinya dan orang lain jika mempunyai masalah.

“Tidak pernah terlintas pun dalam fikiran saya untuk menyakiti mana-mana pihak melalui lagu apatah lagi ia ditulis semata-mata untuk memberi inspirasi kepada diri sendiri dan orang lain.” – Najwa Latif, dipetik dari mStar Online.

Najwa Latif yang sebelum ini banyak kali dikritik tidak kira dari segi pakaian, persembahan dan lagunya turut menjelaskan bahawa dia tidak pernah menyimpan sebarang perasaan dan menerima semuanya dengan positif.

“Walaupun kadang-kadang saya kena kritik tetapi saya mengambil perkara itu sebagai positif untuk memperbaiki diri saya tetapi setakat ini tidak pula saya mempunyai masalah atau bermusuh dengan mana-mana pihak media.” – Najwa Latif.

Najwa Latif ketika ini sedang menumpukan diri kepada pelajaran kerana dia bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini. Jom kita dengar lagu Kosong oleh Najwa Latif selepas ini ya!

No related posts.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35709