Sabtu lepas berlangsungnya majlis pelancaran album Mizz Nina berjudul “Take Over”.
Bukan sekadar melancarkan album terbarunya, Mizz Nina yang pernah berkolaborasi bersama Flo Rida dan Colby O’Donis ini juga telah melancarkan 2 buah muzik videonya yang terbaru berjudul “Rentak Yang Sama” dan “With You”.
Apa yang menarik dari muzik video “Rentak Yang Sama”, MV ini telah diarahkan oleh DJ Cza dan lagu ini ditulis oleh suami Mizz Nina sendiri, Noh (Hujan). Seiring dengan penerimaan masyarakat terhadap lagu muzik tari, Goldfish & Blink sekali lagi telah diberikan kepercayaan sebagai produser lagu “Rentak Yang Sama”.
Album “Take Over” sudah boleh didapati di pasaran dan anda pasti tidak mahu terlepas bukan untuk dapatkan satu. Jadi, cepat-cepat ke kedai muzik berdekatan rumah anda!
Jom tonton muzik video terbaru Mizz Nina, “Rentak Yang Sama”.
No related posts.