Sifatnya yang lembut dan ceria telah membuatkan ramai mengenali wanita hijabster ini.Wanita yang sangat mementingkan gayanya ini juga adalah merupakan seorang isteri. Khazylah Fhadylah Hussin, 25 tahun tidak pernah mengabaikan gaya penampilannya tidak kira dimana sahaja beliau berada. Pemilihan warna-warna yang sangat terang menjadi pilihan beliau.
Mempunyai rasa ingin berkongsi penampilan yang cantik seperti beliau membuatkan beliau sendiri berinspirasi untuk membuat perniagaan pakaian menerusi online. Dari penampilannya yang menarik membuatkan ada diantara kenalannya menyuarakan tentang pemakaian beliau dan dari situ jugalah bermula titik dimana beliau mengetengahkan perniagaannya ini.
Buat masa ini sahaja perniagaan online beliau telah mendapat sambutan “Like” di facebook sebanyak 3087 orang. Ini membuktikan bahawa perniagaan beliau benar-benar mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan. Pada yang ingin mengetahui tentang perniagaan beliau ini bolehlah ke website Lalapop, iaitu online website perniagaan beliau sendiri.
Bagi para hijabster yang ingin mendapatkan koleksi pakaian yang cantik-cantik ini boleh juga melayari facebook lalapop dan terus boleh membuat pembelian anda. Warna-warna koleksi perniagaannya yang sangat menarik pasti akan membuatkan anda ingin memilikinya.
No related posts.