Sesi sidang media yang berlangsung semalam di Carcosa Seri Negara menampilkan band baru daripada negara Brunei, D’Hask yang dianggotai oleh Daus (gitar), K-Roll (vokal & gitar), Reme (bass), Syariff (keyboard) & Luffy (dram). Kemunculan mereka buat pertama kali di Malaysia mempertaruhkan 2 single yang berjudul Tempatku & Kamu Adalah Mimpi Burukku.
Paling unik, kumpulan D’Hask ini sanggup berhabisan hampir RM300 ribu untuk menghasilkan video klip berkualiti tinggi, dan menampilkan bintang-bintang Hollywood seperti Marilyn Manson, Jojo, Bai Ling & Pamela Anderson. Kekuatan D’Hask bukan hanya terletak pada video klipnya sahaja, mereka juga berusaha untuk mengekalkan kualiti lagu yang sesuai dengan selera pendengar rakyat Malaysia.
Hasil usahasama antara Madre Records & Sony Music dilihat mampu membawa rancak kepada industri muzik Malaysia yang semakin berkembang pesat. Menurut Ramli MS, Madre Records mempunyai syarikat di London & secara tidak langsung dia berhasrat satu hari nanti dapat membawa bakat-bakat di Malaysia menembusi pasaran London.
Justeru, kerjasama Madre Records & Sony Music dilihat sebagai ’2 ways business’. Layankan video klip D’Hask selepas ini.