Aksesori merupakan pelengkap kepada penggayaan fesyen setiap wanita. Tanpa aksesori, maka tidak lengkap gaya seseorang itu dalam berfesyen. Antara aksesori yang amat diminati oleh wanita adalah rantai. Ini adalah kerana, ia amat mudah untuk digayakan dan ia boleh didapati dalam belbagai jenis bentuk dan rekaan.
Dengan ini, Forever 21 telah memperkenalkan koleksi rantai terbaru yang terdapat di outlet mereka. Koleksi rantai ini terdapat dalam pelbagai jenis rekaan yang menarik dan ia amat sesuai untuk digayakan oleh semua lapisan umur. Disamping itu, ia juga amat sesuai untuk di jadikan gaya fesyen harian setiap wanita.
Antara koleksi terbaru dari Forever 21 adalah :
Rhinestoned Matchstick Necklace
Rantai ini amat sesuai bagi mereka yang ingin menampilkan keunikan dalam berfesyen. Disamping itu, ia juga dapat menyerlahkan lagi penampilan seseorang individu kerana bentuk locketnya yang agak menarik dengan kombinasi warna hitam dan keemasan.
Pearlescent Chain Necklace
Rantai ini amat sesuai bagi mereka yang ingin kelihatan simple dan menarik. Disamping itu, ia juga amat sesuai untuk digayakan ketika keluar bersantai di hujung minggu bersama teman-teman.
Feather and Spike Necklace
Rantai ini amat sesuai bagi mereka yang ingin tampil menarik dan unik. Ini adalah kerana, ia dihiasi dengan locket yang berupa sepeti bulu ayam yang turut dihiasi dengan locket berbentuk peluru yang bewarna keemasan. Ia amat sesuai untuk digayakan dalam majlis makan malam bagi menyerlahkan lagi penampilan si pemakai.
Floral Collar Necklace
Rantai yang mempunyai bentuk seperti kolar baju ini amat sesuai bagi mereka yang ingin menampilkan kelainan dalam gaya fesyen mereka. Disamping itu, dengan adanya perincian bunga berwarna kehijauan ini amat menarik sekali, sekiranya ia dipadankan dengan baju yang berwarna plain, kerana ia akan menonjolkan lagi keunikan gaya si pemakai.
Dimpled Bead Neclace
Rantai yang mempunyai locket bewarna keemasan ini kelihatan elegan dan amat sesuai untuk digayakan di majlis-majlis penting. Ini kerana, warnanya yang keemasan melahirkan ciri kemewahan bagi sesiapa sahaja yang menggayakannya.
Tribal Style Bib Necklace
Rantai yang dihiasi locket berbentuk hati dan separa bulat ini amat sesuai bagi mereka yang meminati fesyen klasik ataupun vintage. Ini adalah kerana, perincian bagi kombinasi locket ini amat unik dan menarik, dimana ia disaluti dengan warna emas dan dihiasi dengan batu permata berwarna.
No related posts.