Setiap wanita sememangnya tidak akan lari dengan penggunaan alat solekan. Cuma yang membezakannya adalah cara pemilihan warna alat solekan yang sesuai mengikut tone warna seseorang individu. Antara alat solekan yang wajib bagi setiap wanita adalah pemerah pipi, atu lebih dikenali sebagai blusher.
Tidak ramai wanita yang arif dalam pemilihan pemerah pipi, melainkan mereka yang memang pakar dalam bidang dunia solekan. Ini menyebabkan, sesetengah individu tersebut akan kelihatan pelik dan kurang menyerlah kerana silap memilih warna pemerah pipi yang sesuai mengikut tone warna kulit mereka.
Selalunya bagi individu yang memiliki tone wajah yang agak cerah, anda boleh memilih pemerah pipi yang berwarna terang. Ini akan menambahkan lagi seri di wajah dan anda akan kelihatan amat menyerlah. Namun begitu, bagi mereka yang memiliki tone wajah yang agak gelap, dinasihatkan agar memilih warna pemerah pipi yang agak gelap. Ini adalah bagi menampakkan wajah anda kelihatan lebih manis dan lembut.
Terdapat pelbagai jenis pemerah pipi yang dijual di pasaran, antaranya adalah Powder Blush. Pemerah pipi jenis ini adalah sangat terkenal dan mudah didapati, serta terdapat dalam pelbagai pemilihan warna. Disamping itu, pemerah pipi jenis ini selalunya didatangkan dengan dua warna, iaitu warna lembut dan warna terang. Jadi, anda boleh menggabungkan kedua-dua warna tersebut, dengan memakai yang lembut dahulu dan diikuti dengan yang warna terang.
Disamping itu, pemerah pipi turut terdapat dari jenis Cream Blush. Pemerah pipi ini adalah sangat sesuai bagi wanita yang telah berusia, ataupun bagi individu yang mempunyai kulit kering. Ini adalah kerana, pemerah pipi jenis ini akan memberikan kesan lembapan kepada kulit kering dan amat mudah untuk dipadankan dengan sebarang tone warna kulit.
Selain itu, pemerah pipi turut dikeluarkan dalam jenis Gel Stain ataupun Liquid Blush. Lazimnya, pemerah pipi jenis ini amat sesuai bagi wanita yang berusia muda dan yang memiliki kulit wajah yang licin serta halus. Ini adalah kerana, pemerah pipi jenis ini akan memberikan kesan berkilau dan kulit wajah akan kelihatan semulajadi. Namun begitu, dinasihatkan agar segera mencuci tangan selepas menyapu ke wajah, kerana pemerah pipi jenis ini adalah pekat.
Diharapkan artikel ini dapat membantu para wanita untuk memilih pemerah pipi yang sesuai mengikut jenis dan tone warna yang bersesuian. Jangan tersalah memilih pemerah pipi, sehingga wajah anda yang cantik itu bertukar menjadi sebaliknya. Jadi seorang yang bijak dalam berfesyen dan bijak dalam menata rias wajah anda!
No related posts.