Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35489

‘Nak Kata Rindu Tu Tak Ada Lah Sangat’– Sharifah Sakinah Kini Di Sweden

$
0
0

Baru-baru ini, pelakon Sharifah Sakinah telah memaklumkan bahawa dirinya sudah berada di Sweden untuk menjalani kehidupan baru di sana.

Sekarang rasa lebih tenang

Menurut laporan Media Hiburan, kehidupannya sekarang bertambah baik dan tujuan dirinya berada di negara berkenaan adalah untuk menjalani rawatan penyakit mental yang dialami olehnya itu.

Alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja di sini. Tak ada apa yang berbeza pun sangat, cuma sekarang rasa lebih tenang. Rasa selesa.

Katanya lagi, rutin puasanya masih sama seperti dia berada di Malaysia dan tiada beza. Namun, baginya agak susah untuk mencari makanan seperti di Malaysia cumanya dia merindui untuk makan rendang.

‘Cuma rindu dekat anak sahaja’

Walau bagaimanapun, dia menyatakan bahawa dia merindui anaknya, Anais Adha yang kini berada di bawah jagaan bekas suaminya, Aliff Adha.

Nak kata rindu Malaysia tu tak ada lah sangat, cuma rindu dekat anak sahaja.

Kini, Sharifah Sakinah masih lagi berada dalam fasa untuk menyesuaikan diri di negara berkenaan bersama tunangnya, Michael Hansen.

Sumber : Media Hiburan 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35489

Trending Articles