Baru-baru ini tular dakwaan mengenai penerbangan Malaysia Airlines dari India dibenarkan masuk ke Malaysia. Hal berkenaan telah menimbulkan kerisauan orang ramai kerana terdapat kes varian COVID-19 dari India dikesan di Malaysia.
Hanya penerbangan kargo dibenarkan
Sekadar gambar hiasan
Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong, kesemua penerbangan Malaysia Airline (MAB) dari India merupakan penerbangan kargo dan tidak membawa penumpang.
Tindakan yang dilakukan itu adalah selari dengan arahan kerajaan selepas mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang telah berkuatkuasa pada 28 April 2021. Kesemua penerbangan penumpang dari India mahupun ke negara berkenaan adalah dilarang sama sekali.
Hanya penerbangan kargo yang akan dibenarkan pada masa ini. Penerbangan pesawat penumpang juga kosong dan digunakan untuk membawa muatan yang kebanyakannya adalah barangan farmasi, ubat-ubatan, telefon bimbit, komponen elektrik dan bungkusan kurier.
Tidak dibenarkan masuk atau transit pada ketika ini
Sekadar gambar hiasan
Katanya lagi, semua penerbangan MH yang telah tular di media sosial tersebut merupakan penerbangan kargo dan pengubahan penerbangan penumpang kargo itu bukan sesuatu yang baharu (P2c penumpang-ke-kargo). Malah pada sebelum ini ianya telah dipraktikkan selama berbulan-bulan susulan berlakunya pandemik COVID-19.
CAAM, MAS kargo di bawah kendalian Malaysia Airlines Berhad (MAB) dan suruhanjaya Penerbangan Awam (Mavcom) juga telah mengesahkan fakta ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah juga telah mengesahkan kes seorang pemegang pas pekerja asing warga india berkenaan sebenarnya telah berlaku lebih awal pada 10 April lalu.
Pelancong yang bukan dari Malaysia dari India tidak dibenarkan masuk mahupun transit di Malaysia pada ketika ini. Walau bagaimanapun, jika mempunyai pengecualian untuk warganegara Malaysia yang ingin memasuki Malaysia daripada India dibenarkan tanpa melalui imigresen dan kastam.
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia