Baru-baru ini majlis tahnik yang dilakukan oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza untuk anaknya mendapat perhatian ramai setelah dihadiri oleh beberapa tokoh agamawan dan penceramah terkenal tatkala negara sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan.
Artikel berkaitan : ‘Datuk K Ini Kawan Saya’ – Ustaz Azhar Idrus Jawab Isu Hadir Majlis Tahnik
Artikel berkaitan : Siti Nurhaliza Perjelas Isu Majlis Tahnik Anak, Ustaz Azhar Memang Ada Di KL, Menteri Agama Cuma Singgah
Kini, pihak polis dikatakan telah membuka kertas siasatan bagi menyiasat perkara ini.
Kertas siasatan dibuka
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang, Assisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, siasatan mengenai isu berkenaan telah dijalankan selepas pihak polis menerima satu laporan berhubung dengan majlis tahnik tersebut. Pihak polis telah menjalankan siasatan mengikut Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.
Terdahulu, pihak polis menerima maklumat berkenaan majlis tersebut melalui sebuah portal berita yang telah menyiarkan majlis terbabit dianjurkan di kediaman penyanyi itu di Bukit Antarabangsa, Ampang. Pihak penganjur juga telah dikenal pasti dan akan dipanggil bagi memberi keterangan mengenai kejadian yang berlaku ketika majlis berkenaan dijalankan.
Sumber : Kosmo