Sekadar gambar hiasan
Baru-baru ini tular video seorang bapa yang memberi anaknya menghisap rokok elektrik (vape). Video itu mengundang kecaman netizen yang menganggap ianya keterlaluan dan lelaki yang berada di dalam video tersebut harus dihukum.
Artikel berkaitan : ‘Saya Cuma Bergurau’ – Bapa Budak Hisap Vape Tampil Mohon Maaf
Artikel berkaitan : Viral Video Bagi Anak Hisap Vape, Wanita Minta Netizen Jangan Masuk Campur
Kini, suspek yang berusia 23 tahun telah ditahan dan direman selama tujuh hari bagi siasatan selanjutnya.
Pihak polis menahan bapa kanak-kanak tersebut
Sekadar gambar hiasan
Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, pihak polis bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah melakukan pemeriksaan di sebuah rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) di Setapak dan telah menahan bapa kanak-kanak tersebut kerana dipercayai terbabit dalam kejadian berkenaan.
JKM dan PDRM kemudian menyelamatkan kanak-kanak berkenaan dan membawanya bersama ibunya untuk pemeriksaan perubatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Kanak-kanak dan ibu ditahan wad HKL.
Ketika kejadian berlaku, ibunya telah merakam perbuatan bapa yang memberi vape berkenaan kepada anaknya yang berusia dua tahun itu sehingga mengundang kemarahan ramai orang.
Anaknya sukar bernafas akibat asap vape
Video yang berdurasi 12 saat itu menunjukkan suspek yang memberi vape berkenaan sebanyak dua kali ketika anaknya sedang menonton video di telefon bimbit.
Walau bagaimanapun, ketika sedutan kedua terlihat anaknya itu seperti sukar untuk bernafas akibat daripada asap vape berkenaan.
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di Taman Sahabat Jaya di Batu Caves, Selangor pada 2 Mei 2021 dan kini suspek telah direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Sumber : Harian Metro