Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 34914

Bapa, 3 Anak Lelaki Hadapi 52 Pertuduhan Rogol, Cabul & Liwat

$
0
0

Foto kredit : Harian Metro

Derita seorang remaja perempuan yang menjadi mangsa rogol dan liwat oleh bapanya sendiri serta tiga abang kandung kini berakhir apabila keempat-empat lelaki berkenaan telah ditahan oleh pihak polis setelah mangsa membuat laporan polis pada 21 April lalu.

Dihadapkan ke Mahkamah

Sekadar gambar hiasan

Bapa serta tiga anak kandungnya itu telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan merogol, meliwat serta memukul anak perempuannya itu.

Bapa yang berusia 51 tahun itu berhadapan dengan 35 pertuduhan iaitu 33 pertuduhan merogol dah dua lagi pertuduhan berkaitan dengan mencabul serta memukul anak perempuannya itu.

Manakala tiga lagi abang kandungnya itu yang berusia 23, 27 serta 29 tahun itu didakwa atas 17 pertuduhan merogol dan satu pertuduhan melibatkan meliwat.

Mengaku tidak bersalah

Sekadar gambar hiasan

Walau bagaimanapun, keempat-empat tertuduh mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Nariman Badruddin. Mengikut pertuduhan yang dibaca, tertuduh didakwa merogol, mencabul serta memukul dengan menggunakan getah paip sehingga berlaku kecederaan kepada mangsa.

Bapanya didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan, Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan. Manakala abang-abangnya itu didakwa melakukan persetubuhan diluar tabii dan didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 377 (c) Kanun Keseksaan.

Hakim telah membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 setiap pertuduhan dan menetapkan 8 Jun untuk sebutan semula kes berkenaan serta penyerahan dokumen.

Sumber : Harian Metro


Viewing all articles
Browse latest Browse all 34914