Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 36427

Trailer Rasmi “Twilight Saga – Breaking Dawn: Part 2″ Sudah Dilancarkan!

$
0
0

Mengancam, terbaik, tertarik, dup dap dup dap! Semakin tak sabar kami di OHBULAN! HQ untuk menanti filem bersiri Twilight terbaru ini ditayangkan di pawagam. Apa tidaknya, jika sebelum ini hanya ‘teaser’ saja yang ditayangkan, kali ini trailer rasmi penuh Twilight telah mendedahkan apakah sebenarnya yang terjadi di antara dua puak dan pergolakan yang bakal berlaku.

Melalui apa yang dilihat dari trailer berdurasikan 1.18 minit ini, Bella ( Kristen Stewart) telah melahirkan seorang anak, Renesmee, yang bakal menjadi perebutan antara dua kuasa. Kuasa ‘Vampire’ lagi satu yang diketuai olehVolturi percaya bahawa anak Edward  dan Bella bakal menjadi vampire yang sangat berkuasa dan tidak mampu dikawal. Disebabkan itu, Volturi mahukan Renesmee agar dibunuh supaya tidak menjadi ancaman kepada mereka.

Masing-masing ingin mempertahankan hak masing-masing, mampukah Bella yang juga telah bertukar menjadi vampire melindungi anak mereka? Apakah yang berlaku diantara kumpulan Jacob dan Edward? Kita saksikan filem ini yang akan ke pawagam pada 16 November 2012.

Apa pun, mari kita tonton trailer Breaking Dawn Part 2 selepas ini!

No related posts.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 36427

Latest Images