Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35067

Selebriti Wanita Positif Dadah Ditahan Polis

$
0
0

Sekadar gambar hiasan

Semalam, seorang selebriti wanita ditahan akibat didakwa terlibat dengan penyalahgunaan dadah di sebuah rumah di Kampung Chalet, Nilai, Negeri Sembilan.

Selebriti wanita positif dadah

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman, selebriti wanita yang berusia 34 tahun itu telah ditahan oleh pihak polis ketika membuat serbuan di rumah berkenaan.

Suspek dibawa ke pejabat Narkotik IPD Nilai bagi tujuan saringan awal polis.

Hasil ujian saringan yang dijalankan dapati keputusan suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Kemudiannya, suspek dikatakan telah diberi jaminan polis setelah rakaman percakapannya selesai.

Kes berkenaan disiasat dibawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang boleh membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya jika didapati bersalah.

Kenyataan media Ketua Polis Daerah Nilai

Sumber : Polis Daerah Nilai


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35067