Foto Kredit : Nor Azlin Alink
Kesedaran mengenai kepentingan mengambil vaksin sering kali menjadi perdebatan dalam kalangan masyarakat. Masih ada segelintir pihak yang menolak vaksin walaupun ianya telah diperakui sebagai salah satu langkah untuk membendung penularan Covid-19.
Antivaksin minta untuk palsukan sijil vaksin
Sekadar gambar hiasan
Seorang sukarelawan yang bertugas di pusat pemberian vaksin, Nor Azlin Alink menerusi satu perkongsian di Facebook menceritakan pengalamannya berhadapan individu yang dipercayai meminta untuk memalsukan sijil vaksin di dalam MySejahtera.
Ada seorang antivaksin ni dia WhatsApp Cik Alink. Minta tolong. Dia kata dia tak nak divaksin tapi dia nak di MySejahtera dia keluar sijil yang dia telah vaksin.
Ujarnya lagi, dia seperti hilang kata-kata apabila mendapat mesej berkenaan. Sepanjang berkhidmat di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), dia tidak pernah lagi mendapat mesej meminta pertolongan pelik seperti ini.
Tapi permintaan dia ni seolah-olah kita ni berkuasa macam petik jari macam tu je dah dapat tolong dia hanya kerana kita petugas di PPV dan bertugas di bahagian MySejahtera.
Dakwa Azlin, dia sama sekali tidak akan bersubahat dengan perbuatan seperti itu yang bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah orang ramai.
Tuan hanya pentingkan diri sendiri tapi tuan tak fikir pun pasal orang lain. Tuan tak fikir ke apa akan terjadi pada masa akan datang? Kalau lepas ni tuan dijangkiti COVID-19 tahap kronik dan disahkan mati. Bila check rupa-rupanya tuan dah di vaksin 2 dose.
Saya bukan nak doakan tuan mati kena COVID-19 tapi apa yang tuan buat ni salah dan boleh menimbulkan permasalahan di kemudian hari. Semua orang yang dah di vaksin 2 dose akan takut dan akan jadi huru-hara. Tuan ada fikir?
Ambil keputusan untuk block individu tersebut
Sekadar gambar hiasan
Virus itu tersebar luas akibat tuan yang berpura-pura telah di vaksin. Tuan tak risau ke tuan akan jadi manusia yang mampu menyebarkan virus kepada orang lain. Tuan tak fikir ke semua tu? Tuan tak ada belas kasihan dalam diri?
Walau bagaimanapun, petugas sukarelawan ini mengambil keputusan untuk menyekat individu berkenaan di WhatsApps kerana dia enggan menolong individu tersebut dan mengatakan bahawa kerjanya hanya untuk bantu orang yang hendak divaksin.
‘Kisah pengajaran kepada antivaksin yang lain’
Sumber : Nor Azlin Alink