Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35070

Tahap Oksigen Abang Siti Sarah Stabil, Kini Ditempatkan Di Wad Biasa

Image may be NSFW.
Clik here to view.

Sebelum ini, pelawak dan usahawan Shuib memberitahu bahawa abang kepada arwah isterinya, Siti Sarah iaitu Ahmad Firdous Raisuddin dimasukkan ke Hospital Serdang, Selangor kerana tahap oksigennya yang rendah.

Artikel berkaitan : Tahap Oksigen Abang Siti Sarah Rendah, Shuib Mohon Doa – ‘Saya Dah Jadi Fobia’

Paras oksigen dah stabil

Image may be NSFW.
Clik here to view.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam, Syarikat Indigital Music, Elyias Omar, paras oksigennya kini telah stabil dan ditempatkan di wad biasa.

Ketika doktor datang ke rumahnya semalam, bacaan oksigen Ahmad Firdous turun 93 peratus.

Shuib yang masih lagi trauma dengan pemergian arwah isteri itu meminta abang iparnya untuk pergi ke hospital bagi mendapatkan rawatan dengan segera.

Alhamdulillah, awal pagi tadi paras oksigen Ahmad Firdous mencecah 95 peratus dan menjalani rawatan di wad biasa.

Difahamkan juga, isterinya turut disahkan positif COVID-19. Namun kedua-dua anak mereka bebas dari virus berkenaan. Dia bersama isterinya telah disahkan positif selepas empat hari keluarga Siti Sarah dijangkiti dan mereka telah menjalani kuarantin kendiri di rumah selama lapan hari.

Sumber : Berita Harian 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35070