Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 34863

[VIDEO] ‘Jangan Diucap Selamat Tinggal Pada Diriku’– Misha Omar Cover Lagu Siti Sarah, Ramai Sebak

$
0
0

Selain Azharina, penyanyi, Misha Omar juga antara rakan artis yang paling lama mengenali arwah Siti Sarah. Menurut Misha, ketiga-tiga mereka merupakan peserta program Bintang RTM pada tahun 2001.

Artikel berkaitan: ’20 Tahun Kami Jadi Sahabat Ketawa & Menangis’ – Pemergian Siti Sarah Sentuh Emosi Azharina

Mula di garisan yang sama

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Misha Omar (@mishaomar)

Sudah mengenali antara satu sama lain sejak 20 tahun yang lalu, pemergian Siti Sarah ternyata meninggalkan kesan yang amat mendalam buat Misha Omar. Di Instagram, pelantun suara ‘Sampai Bila’ ini dilihat sebak tatkala menyanyikan lagu arwah iaitu ‘Bersamamu’.

Rindu. Akhirnya tersedar bahawa kekuatan nama kau bertahan dan kuat dalam industri ni salah satu sebabnya adalah nama kau selalu parking sebelah nama kawan kau. Bagaikan magnet sebab bermula di garisan yang sama. Dah akhirnya kau sorang-sorang dekat sini. Carilah kekuatan sendiri. Kawan Kak Chah dah tak Ada.

Menurut Misha, dia sudah merindui arwah Siti Sarah. Mana taknya, mereka memulakan karier nyanyian pada tahun yang sama dan siapa sangka arwah akan pergi terlebih dahulu. Tambah Misha, dia perlu mencari kekuatan semula selepas kehilangan sahabat baiknya itu.

Nak menangis dengar ni

Rata-rata peminat yang mengikuti perkembangan karier Misha Omar dan arwah Siti Sarah meninggalkan komen bahawa mereka rindu zaman kegemilangan kedua-dua penyanyi tersebut. Mereka berdoa semoga arwah Sarah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Sumber: Misha Omar


Viewing all articles
Browse latest Browse all 34863