Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 36792

Teruja Nanti Kehadiran Cahaya Mata Sulung, Wanita Meninggal Dunia Akibat Covid-19

$
0
0

Memang tidak dapat dinafikan kehilangan orang tersayang amatlah perit. Namun, kita sebagai manusia yang masih lagi hidup ini perlu meneruskan kehidupan.

Begitulah juga seperti kisah seorang wanita dikenali sebagai Izzati Najah yang tidak sempat melihat wajah anak sulungnya apabila dia meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19.

Terpaksa bedah untuk keluarkan bayi

Menurut kakaknya, Syahidatul Izhar, adiknya mendapat tahu bahawa dirinya disahkan positif COVID-19 setelah menjalani saringan di Hospital Pulau Pinang.

Walaupun tarikh bersalin lagi lima atau enam hari, namun doktor membuat keputusan untuk melakukan pembedahan secara czer untuk mengeluarkan bayi dalam kandungan.

Ujarnya lagi, adiknya mengalami masalah pernafasan pada ketika itu dan pada petang keesokannya, wanita berusia 26 tahun itu ditidurkan kerana paras oksigennya semakin menurun sehingga 30 peratus.

Alhamdulillah, arwah selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Lily Ellyyna. Bayi dalam keadaan bebas COVID-19 tetapi masih lagi di hospital.

Nak bagi tahu perkembangan izati. Doktor dah meniarapkan dia. Sebentar lagi mungkin akan ditidurkan dan proses tube dilakukan.

Tak sempat tengok wajah anak sulungnya

Walau bagaimanapun, Izzati telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 3.58 kelmarin dan lebih menyedihkan lagi Allayharham tidak sempat untuk melihat wajah anak sulungnya itu.

Jenazah akan disimpan di Kampung Pulau Tengah Pendang, Kedah. Sekarang jenazah berada di Unit Forensik Hospital Pulau Pinang.

Cuma apa yang menyedihkan apabila arwah tidak sempat menatap dan memangku anaknya kerana tidak sedarkan diri sebelum meninggal dunia.

Jenazah arwah telah diuruskan oleh abang serta adik arwah dengan memakai pakaian pelindungan diri (PPE) dan selamat dikebumikan pada pukul 11.40 malam semalam di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Tengah, Pendang.

Sedih kerana mereka (Izzati Najah dan Aiman Zuhaili) baharu menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama pada 19 Julai lalu dan kedua-duanya teruja menanti masa untuk menimang cahaya mata sulung.

Kami sekeluarga perlu reda malah bersyukur kerana dapat mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah ketika doktor membuat panggilan video sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Allahyarham selamat dikebumikan

Sumber : Syahidatul Izhar, Harian Metro


Viewing all articles
Browse latest Browse all 36792