Penyanyi dan usahawan, Nubhan Ahamad dikatakan telah menjaga anak saudaranya setelah kakak, Faizah serta abang iparnya, Mohd Nor Hussin disahkan positif COVID-19.
Tawar diri untuk jaga anak saudara
Menurut Nubhan, dia yang tinggal berhampiran dengan rumah kakaknya di Seremban itu telah menawar diri untuk menjaga anak-anak saudaranya sepanjang kakak serta abang iparnya menjalani rawatan.
Daripada perbualan dengan kakak, hati ini jadi sayu dan sedih. Kakak bercerita mengenai ujian menimpa keluarga termasuk kehilangan ibu mentua dan adik ipar. Malah, kakak risau keadaan empat anaknya yang belum terkena wabak itu.
Lagipun, saya rapat dengan mereka. Anak-anak saudara kalau datang rumah saya memang tidak mahu balik ibaratnya.
Beberapa saudara turut positif COVID-19
Penyanyi berusia 35 tahun itu percaya bahawa jika salah seorang daripada ahli keluarga ditimpa musibah pasti ahli keluarga yang lain akan turut membantu.
Saya tidak sanggup melihat dan melalui ujian yang dihadapi kakak dan suaminya. Saya harap mereka akan terus kuat dan sembuh seperti sedia kala.
Setakat ini, kakak saya tidak perlu risau keadaan anak-anaknya. InsyaAllah, saya dan isteri akan menjaga mereka dengan baik.
Dalam pada itu, Nubhan turut memberitahu bahawa beberapa saudaranya juga disahkan positif COVID-19 dan mereka sedang melakukan kuarantin kendiri di rumah serta ada juga yang dimasukkan ke hospital.
Sumber : Berita Harian