Sekadar gambar hiasan
Sebelum ini, tular video seorang pengamal perubatan yang dipercayai dipukul oleh sekumpulan lelaki kerana dituduh menjalankan rawatan yang salah. Lelaki berkenaan yang dipanggil ‘ustaz’ itu dipercayai menjalankan rawatan sihir yang tular di media sosial baru-baru ini.
Terbaharu, lelaki berkenaan disiasat polis pula kerana didakwa mencabul remaja perempuan ketika dia sedang melakukan rawatan.
Didakwa cabul remaja perempuan semasa rawatan
Sekadar gambar hiasan
Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, mangsa dikatakan telah menjalani rawatan secara tradisional dengan lelaki berkenaan di rumahnya di Pasir Tumboh pada 2 Ogos lalu.
Ujarnya, mangsa dikatakan selalu mengalami histeria akibat gangguan makhlus halus. Susulan itu, keluarga mangsa telah membuat keputusan untuk menghubungi lelaki yang berasal dari Perlis itu untuk menjalani rawatan ke atas mangsa.
Semasa rawatan dijalankan di dalam bilik, suspek dikatakan bertindak memegang dan meraba seluruh badan mangsa.
Mangsa buat laporan polis
Sekadar gambar hiasan
Kemudian, mangsa menceritakan perkara berkenaan kepada ibunya sebelum mereka membuat laporan polis di Balai Polis Kubang Kerian pada tengah hari semalam.
Walau bagaimanapun, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 14(1) (d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak dan suspek masih ditahan di wad atas masalah kesihatan serta akan dipanggil untuk siasatan selanjutnya.
Sumber : Harian Metro