Pelakon Jue Aziz berkongsi kisah ‘duka’ apabila dirinya disahkan positif COVID-19 dan mempunyai gejala seperti batuk, demam dan selsema.
Jue Aziz hilang deria rasa
Menerusi posting yang dimuat naik oleh Jue Aziz di Instagram, dia turut memberitahu bahawa dia mengalami sakit kepala dan hilang deria rasa.
Tolong doakan kesihatan Jue. Jue positif COVID-19. Nak makan dan buang air kecil selalu rasa ngilu. Yang paling tak tahan menggigil sejuk ke tulang dan lemau macam demam sakit urat.
Dalam pada itu, Jue turut memohon maaf kepada semua sekiranya ada kesalahan yang dilakukan tanpa sedar.
Jue ingin memohon maaf sekiranya Jue ada buat salah, sengaja atau tidak sengaja. Harap dimaafkan. Semoga Allah membalas jasa baik semua atas doa-doa kalian.
Sumber : jueaziz22_official