Pelakon jelita Bella Astillah berkongsi pengalaman dirinya bersama keluarga pernah diganggu oleh makhlus halus ketika sedang melakukan penggambaran di sebuah pusat peranginan.
Terhidu bau busuk yang kuat kat lift
Menerusi video yang dimuat naik oleh Bella Astillah di Instagram, dia memberitahu bahawa kejadian berkenaan berlaku semasa dia berusia sembilan tahun dan pada ketika itu dia bersama adiknya, Didi Astillah telah selesai menjalani penggambaran untuk satu album kanak-kanak.
Menurut Bella, pihak produksi telah menyediakan tempat tidur untuk mereka sekeluarga di satu kondominium berhampiran dengan lokasi penggambaran mereka.
Walaupun agak lama tapi tapi Bella tetap ingat sampai sekarang. Ketika itu saya masih kecil lagi. Sampai sana malam, banyak sangat kereta dan tempat parking penuh. Kita orang pun tak tahu nak parking kat mana dan kitaorang parking kat tepi jalan je.
Ujarnya lagi, sewaktu dia di hadapan lift, dia terhidu bau busuk sehingga dia sanggup mencari dari arah mana bau tersebut dan banyak lagi perkara aneh yang terjadi pada keluarganya.
Sebelum masuk ke lift, Bella terbau ada bau something yang sangat-sangat kuat. Bella ni jenis suka mencari dan tengok dari arah mana bau tu so Bella ajak Didi. Bella cuma mengintai dan nampak tangga gelap lepastu nampak plastik sampah hitam. Tapi Bella tak check dan Bella terus lari pergi kat ayah mama.
Lift pun terbuka dan kita nampak ada sepasang suami isteri berbangsa india dan bini dia tengah dukung bayi. Suami dia tanya ayah ‘bang nak duduk sini ke?’ dan ayah Bella cakap ‘haah ya’. Dia pun cakap ‘oh hati-hatilah ya bang’.
Terkejut rupanya kondominium itu seperti tidak berpenghuni
Walau bagaimanapun, ibu Bella paling kerap diganggu sehingga kakinya ditarik kuat sama seperti dalam filem seram yang sering kita tonton.
Yang paling takut, mama kata nak pergi tandas. Mama nampak dalam bathtub ada seorang wanita tengah baring berambut panjang berjurai tapi muka tak nampak dan sedang duduk dalam air yang berwarna merah seperti darah penuh.
Ibu Bella yang melihat situasi seram itu lalu pengsan tidak sedarkan diri dan suaminya bergegas membawanya ke atas katil. Kemudiannya, ibu Bella seperti meracau dan bertindak mencekik lehernya sendiri dengan sekuat hati.
Sampailah ayah terpaksa tampar mama tiga kali beberapa kali baru mama sedar.
Susulan daripada itu, mereka sekeluarga tidak dapat lelapkan mata pada malam tersebut dan menunggu waktu subuh untuk bergegas pulang kerana sudah tidak tahan dengan gangguan berkenaan.
Alangkah terkejutnya apabila mereka keluar dari kondominium berkenaan dan mendapati kereta yang penuh pada waktu malam itu sebenarnya kosong dan sunyi seolah tiada siapa yang menginap di tempat tersebut.
Difahamkan, Bella turut mencabar Didi Astillah, Zahiril Adam serta Vicha Saywho untuk berkongsi kisah seram mereka.
‘Sekadar berkongsi sebab Bella tak boleh lupa’
View this post on Instagram
Sumber : bellaastillah