Penyanyi lagenda tanah air, Datuk Jamal Abdillah memberitahu bahawa dia sedang menghitung hari untuk menimang cahaya matanya yang kelima.
Bakal menimang anak kelima
Menurutnya lagi, kini kandungan isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin sudah berusia 12 minggu dan dia menaruh harapan yang besar jika cahaya mata kelimanya itu merupakan anak perempuan.
Alhamdulillah (isteri) akan berpangkat sarjan, tiga calit nanti. Nak dapat satu lagi jadi tiga orang (anak).
Saya sudah ada tiga anak lelaki, seorang saja perempuan. Jadi nak lagi cahaya mata perempuan. Apa pun alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi.
Ujarnya, mereka bakal menimang cahaya mata pada Februari 2022 dan isterinya turut berasa gembira dengan kehadiran bakal anak kelimanya itu.
Meskipun jarak umur 27 tahun, namun mereka telah membuktikan bahawa ia bukan penghalang untuk mengecapi kebahagian dalam rumah tangga.
Difahamkan, rumah tangga penyanyi berusia 63 tahun ini bersama isterinya diserikan dengan dua cahaya mata iaitu Nur Azura Yamani, 20 bulan dan El Issac Yamani, 9 bulan.
Dalam pada itu, Datuk Jamal Abdillah mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Osama Yamani dan Ahmad Zaki menerusi perkahwinannya yang terdahulu. Kini, mereka mengikuti jejak langkahnya menceburi bidang nyanyian.
Sumber : Kosmo