Anak lelaki kepada bintang Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan iaitu Aryan Khan telah ditahan polis dalam satu serbuan parti di atas sebuah kapal persiaran. Shah Rukh Khan dikatakan sanggup lantik peguam termahal demi membela nasib anaknya itu.
Artikel berkaitan : Demi Anak Kesayangan, Shah Rukh Khan Lantik Peguam Termahal Untuk Bela Nasib Aryan
Artikel berkaitan : Anak Lelaki Shah Rukh Khan Ditahan Ketika ‘Berpesta’, Pelbagai Jenis Dadah Ditemukan Di Atas Kapal
Terbaharu, Aryan Khan dikatakan meminta buku sains dan kini masih direman oleh Biro Kawalan Narkotik (NCB).
Aryan minta buku sains
Lapor India Today, buku sains telah disediakan untuk anak kepada bintang Bollywood terkenal itu yang kini masih dalam tahanan reman sehingga esok.
Aryan bersama dengan tahanan yang lain dikatakan dijamu setiap hari di sebuah restoran makanan India berhampiran dengan ibu pejabat NCB kerana pihak NCB tidak membenarkan masakan luar dibawa masuk.
Dalam pada itu, telefon bimbit Aryan bersama tahanan yang lain telah dihantar ke makmal forensik bagi siasatan lanjut di Gandhi Nagar.
Empat suspek ditahan
Sekadar gambar hiasan
Pada Selasa lalu, pihak NCB telah menahan empat lagi suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan serbuan kes dadah di atas kapal persiaran berkenaan.
Walau bagaimanapun, Mahkamah Majistret Esplanade di Mumbai telah mengeluarkan perintah reman terhadap keempat-empat suspek sehingga 11 Oktober dan diarah untuk ke hospital bagi pemeriksaan kesihatan.
Sumber : India Today