Perkahwinan jarak jauh (PJJ) bukanlah satu perkara yang mudah. Terutamanya bagi pasangan yang berkahwin dengan anggota tentera. Ia memerlukan pengorbanan yang besar dan perlu berjauhan dalam tempoh waktu yang lama demi menggalas tanggungjawab kepada negara.
5 bulan tak jumpa suami
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang wanita dikenali sebagai Husnani Fuad di laman TikTok, berkongsi momen yang tidak boleh dilupakan apabila dapat melambai suaminya di tepi jalan setelah lima bulan tidak bertemu. Meskipun perasaan rindu membuak-buak namun dia perlu akur bahawa dia tidak dapat berjumpa dengan suaminya secara bersemuka.
Ujar wanita ini lagi, dia mendapat tahu bahawa suaminya perlu menghadiri kursus di Melaka dan si suami memintanya untuk menunggu di tepi jalan sebagai tanda sokongan moral.
Lima bulan tak jumpa suami. Dapat tahu nak kena transfer kursus dekat Melaka. Dia suruh tunggu tepi jalan. Bagi moral sikit.
Menurutnya, hampir sejam dia menunggu suaminya sampai dan hanya dapat melihat lebih kurang lima saat sahaja bersama anggota-anggota tentera yang lain dengan menaiki trak. Husnani mengakui bahawa dia berasa sedih kerana tidak dapat mendakap mahupun salam suaminya.
Lima saat jumpa pun dah bersyukur. Semoga terus kuat tunggu awak balik sayang.
Jumpa bulan satu nanti sayang. Semoga berjaya kursus ni. Siapa cakap best jadi isteri tentera. Yang faham je boleh bertahan. PJJ tu tak mudah.
‘5 saat jumpa pun dah bersyukur’
@nhfbhj5 saat jumpa pun bersyukur dah. Semoga terus kuat tunggu awak balik sayang ?##armywife? Into Your Arms (feat. Ava Max) – Witt Lowry
‘Senyum tu nampak happy sangat’
Menjengah ke ruangan komen rata-rata warganet memuji ketabahan wanita berkenaan. Malah ada juga di antara mereka yang turut berkongsi pengalaman mereka sebagai pasangan PJJ.
Sumber : nhfbhj