Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 34835

‘Ustaz Teruskan Kerja Dakwah & Misi Ini, Ramai Anak Muda Perlukan Kasih Sayang’– Michael Ang Beri Kata Semangat Buat Ebit Lew

$
0
0

Di Instagram, pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew meluahkan rasa gembira kerana dapat bertemu pengarah popular tanah air iaitu Michael Ang dalam sebuah majlis ilmu.

Artikel berkaitan: ‘Terima Kasih Kerana Sayang Walau Berbeza Bangsa & Agama’ – Lelaki Berbangsa India Seronok Jumpa Ebit Lew Dalam Majlis Agama

Ramai orang berputus asa

Syukur pada Allah. Gembira sangat dapat jumpa @michaelang38 . Baik sangat orangnya dapat bersama dalam majlis ilmu. Beliau kata ustaz teruskan kerja dakwah dan misi ini. Berbual betapa ramai anak muda di luar sana perlukan kasih sayang dan didikan yang baik. Mereka tidak dapat kasih sayang. Ramai orang berputus asa. Kita perlu ceritakan kasih sayang Allah dan rahmat Allah. Jangan biarkan sesiapa berputus asa dari rahmat Allah.

Menurut Ebit Lew, dia bersyukur kepada Allah kerana mempertemukan dirinya dengan Michael Ang dalam sebuah majlis ilmu. Ujar Ebit, Michael seorang yang positif dan banyak memberi kata-kata semangat buat dirinya untuk meneruskan kerja dan misi dakwah seperti sebelum ini. Tambah Ebit, mereka turut berbual mengenai anak muda pada masa sekarang. Sebagai golongan dewasa, mereka yakin golongan anak muda memerlukan kasih sayang dan didikan yang baik.

Jangan suka hukum orang

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Jangan biarkan sesiapa berputus asa dari rahmat Allah. Jangan suka hukum orang dan menghina orang. Pujuk rayu anak muda. Malam kita menangis doakan mereka. Balas keburukan dengan kebaikan.

Di akhir posting, Ebit Lew memberi saranan kepada masyarakat agar tidak membiarkan anak muda berputus asa. Di samping itu, masyarakat juga jangan suka menghukum dan menghina seseorang individu. Sebagai pendakwah, Ebit mendoakan setiap keburukan dapat dibalas dengan kebaikan di dunia ini.

Sumber: Ebit Lew


Viewing all articles
Browse latest Browse all 34835