Penyanyi tersohor tanah air Datuk M. Nasir disahkan positif Covid-19 dan kini sedang menjalani kuarantin kendiri di rumahnya sejak Ahad lalu. Perkara berkenaan disahkan oleh isterinya sendiri iaitu Datin Marlia Musa.
M. Nasir positif Covid-19
Datuk M. Nasir dikatakan membuat ujian kendiri Covid-19 untuk menghadiri Pesta Buku Selangor pada hari Ahad lalu, namun keputusannya adalah positif.
Susulan daripada itu, pelantun lagu Mentera Semerah Padi ini membuat keputusan untuk membuat ujian saringan Covid-19 (PCR) dan keputusan saringan berkenaan adalah positif juga.
Setakat ini beliau tidak ada apa-apa gejala dan hanya menjalani kuarantin kendiri.
Walau bagaimanapun, isteri dan anaknya, Suci Musalmah turut melakukan ujian berkenaan dan keputusan mereka adalah negatif.
Sumber : Astro Awani