Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 36638

Pereka Fesyen Indonesia Bela Anak Patung Macam Anak Sendiri, Siap Upah Pengasuh Untuk Jaga

$
0
0

Pengacara dan pereka fesyen terkenal Indonesia, Ivan Gunawan menjadi perbualan hangat netizen apabila dia membuat keputusan untuk memiliki dua boneka patung yang disayangi sama seperti anak sendiri. Lebih mengejutkan lagi apabila ‘bayi’ berkenaan turut diberi nama Marvel dan Miracle.

Sediakan pengasuh untuk ‘anak-anak’

Menerusi laporan Liputan6, rakan baik kepada penyanyi Rossa ini sudah menyediakan bajet khas untuk kedua-dua ‘anaknya’ itu dan turut menyediakan pengasuh serta bilik khas untuk anak patung berkenaan.

Kebetulan setiap anak-anak ada pengasuh yang akan menjaga mereka. Ada bilik khas untuk mereka di rumah. Masing-masing ada babysitter yang dibayar khas. Baju-baju anak pun mahal-mahal.

Apabila ditanya alasannya sehingga dia perlu mengambil pengasuh, Ivan mengatakan bahawa kedua-dua ‘anaknya’ itu memerlukan penjagaan khas setiap hari.

Pagi-pagi kena jemur, lap, baju harian dengan baju tidur pun kena lain-lain. Jika dia dipegang oleh orang lain, saya mesti nak dia dibersihkan semula.

Tak ambil peduli dengan apa orang kata

Dalam pada itu, Ivan mengatakan bahawa dia enggan ambil peduli mengenai kritikan yang dilemparkan terhadap dirinya kerana apa yang dilakukan sekarang ini adalah salah satu cara dia melayan sesuatu yang digemarnya.

Walaupun semua orang tahu itu anak patung, ya tetapi setiap orang ada cara untuk melayan sesuatu yang dia suka.

Susulan daripada itu, terdapat sesetengah warganet mengaitkan patung itu dengan perkara mistik serta meluahkan rasa risau kerana ia boleh membawa kepada syirik dan berdosa.

Anak saya (anak patung) bukan anak syaitan, tak ada mengena dengan jin atau syaitan.

Terpulang pada mereka nak membuat kesimpulan sendiri. Saya rasa tak ada apa-apa pun pada patung itu, tak ada sebarang roh pun. Saya jaga syaitan, nampak syaitan. Saya jaga Dajal, jadi ia adalah sesuatu perkara yang saya suka.

Ivan bersama ‘anak-anaknya’

Sumber : Liputan6


Viewing all articles
Browse latest Browse all 36638

Latest Images