Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 36663

Sanggup Teman Ibu Seharian Bekerja, Anak Bujang Rossa Jadi Kegilaan Gadis –‘Teteh Mau Gak Jadi Mentua Aku?’

$
0
0

Penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Seri Rossa meluahkan rasa terharu apabila anak lelakinya, Rizky Langit Ramadhan sanggup menemaninya sepanjang hari di tempat kerja.

Artikel berkaitan: Rossa Sedia Tambah 1 Malam Lagi Konsert, Bawa Rizky Febian & Mahalini

Sangat menghargai dan gembira

Menurut Rossa, baru-baru ini dia berasa tidak bersemangat dan tiada ‘mood’ untuk melakukan sebarang aktiviti harian mahupun keluar bekerja.

Berikutan daripada itu, Rossa mengadu mengenai perasaan tersebut kepada anaknya. Sebagai ibu, Rossa terharu mendengar respons anak bujangnya pada waktu itu. Ujar Rossa, Rizky sanggup menemaninya sepanjang hari ketika bekerja.

Mahu post ini. Saya ingat hari itu saya berasa tidak baik. Perasaan saya lagi ‘low’ dan tidak mempunyai mood untuk melakukan apa-apa sahaja. Terus saya beritahu sama Rizky. Rizky terus kata ‘aku temani deh seharian ibu kerja’. Saya sangat gembira dan menghargai apa yang dia lakukan. Semoga dia diberkati.

Tambah Rossa, dia mahu berkongsi momen ‘sweet’ itu di akaun Instagramnya.

Nak jadi menantu!

Di ruangan komen, rata-rata netizen berseloroh dan bertanya kepada Rossa mengenai kriteria calon menantunya. Bukan itu sahaja, ada juga yang sukarela menawarkan diri untuk menjadi menantu pelantun suara ‘Hey Ladies’ itu.

Sekadar info, Rizky Langit Ramadhan merupakan anak hasil perkongsian hidup Rossa bersama bekas suami yang merupakan anggota kumpulan Padi, Yoyo. Pasangan tersebut berkahwin pada tahun 2004 dan bercerai pada tahun 2009.

Sumber: Rossa


Viewing all articles
Browse latest Browse all 36663

Latest Images

Trending Articles


Kisah Doktor Yang Bersuamikan Ustaz Namun Adalah Gay


19 Hilarious Tweets About Last Night's "The Bachelor" Premiere That Have Me...


LinkedIn: Jobs & Business News 4.1.1095 beta by LinkedIn


Kisah Seorang Gay : Takdir atau Pilihan


Pisang Goreng Eno


Label Papan Kenyataan dalam Bilik Darjah


Tarian Liar Naga Sakti - 357


Sambal Ikan Belais


Pantun Senyap...Sunyi Dan Sepi.......


Barang Keperluan Perlu Bawa Ke PLKN