Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 34970

[VIDEO] KJ Tak Selesa Dengan Gelaran Pangkat, Rela Duduk Saf Belakang Bila Lambat Ke Masjid

$
0
0

Foto: Harian Metro

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin membuat warganet kagum dengan sikap dan tindakannya yang sentiasa merendah diri.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Air Mata KJ Menitis Dengar Ucapan Dari Anak-Anak Sempena Hari Bapa

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Lembut Juga Pinggang’ – Netizen Terhibur Tengok KJ Menari, Dah Tak Keras

Kurang selesa

Foto: Hot FM

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok Hot FM, Khairy yang mesra disapa KJ bercerita, ketika beliau menjadi menteri terdapat dua perkara yang membuatnya kurang selesa antaranya adalah gelaran pada pangkat.

Ada dua benda yang saya ingatlah dulu yang saya kurang selesa. Yang pertama apabila orang nak memperkenalkan diri, mereka sebut gelaran mereka sekali. Contoh saya Datuk.. Saya tak selesa, cakaplah nama sahaja.

Selain itu, KJ juga meminta pegawai-pegawainya untuk tidak menyediakan saf khas di bahagian depan ketika menunaikan solat di masjid.

Yang kedua, yang ini saya minta pegawai saya hentikan perkara ini dahulu. Bila kita pergi solat, selepas itu ada yang khaskan tempat solat di bahagian depan.

Kalau datang lewat sepatutnya dekat belakang sahajalah. Sama sahaja kita dalam masjid itu. Saya tak akan duduk depan.

Dalam pada itu, AG dan Johan secara berseloroh merendah diri dengan berkata mereka juga meninggalkan gelaran ‘Datuk’ di rumah.

‘Salute dengan KJ’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap rendah diri bekas Ahli Parlimen Rembau tersebut terutama ketika beliau bertindak adil dengan tidak mementingkan diri ketika mengerjakan ibadah di masjid.

Dalam pada itu, warganet juga mahu pihak Hot FM mengekalkan gabungan KJ bersama-sama penyampai-penyamai Bekpes Hot.

@hotfm976_

Salute lah dekat Chief @Khairykj ! Sangat-sangat humble bila cakap pasal pangkat ni! Tapi, lain pulak @AGAzmeer ya? Nak tolak tawaran Datuk! Gerammm je! ?? #KJJadiDJ #BekpesHot #JohanKiniDiHotFM #YangHangatDanTerbaik #hotfm

? original sound – Hot FM – Hot FM

Sumber: TikTok 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 34970