Driven, merupakan kumpulan syarikat yang mengendalikan beberapa web terkemuka seperti Paultan.org, portal automatif #1 di Malaysia, Ohbulan.com, portal hiburan & fesyen #1 paling ngetop di Malaysia dan Oto.my, portal jual beli kereta, gabungan lebih 1.5 juta pelawat setiap bulan!
PHP & Open Source Web Developer
Tanggungjawab:
Kami mencari PHP & Open Source Web Developer yang berdedikasi untuk menyertai pasukan bagi membangunkan projek-projek terkini di bawah naungan syarikat M Driven Sdn Bhd.
Anda perlu mempunyai skill & kemahiran berikut :
- Mahir dan faham dengan ekosistem sumber terbuka yang popular seperti WordPress, Magento & sebagainya.
- Inisiatif untuk belajar dan memahami teknik & bahasa pengaturcaraan yang terkini.
- Memberikan sokongan teknikal kepada laman-laman yang sedia ada
- Aktif untuk memberikan solusi serta idea yang terbaru demi kebaikan pasukan.
Kelayakan pemohon :
- Wajib mempunyai kemahiran dalam menggunakan PHP, SQL, HTML5 dan CSS.
- Mempunyai pengalaman dalam Javascript / jQuery, MongoDB / NoSQL database adalah satu kelebihan.
- Pemohon yang mempunyai kemahiran dalam skil pengaturcaraan rekaan UI/UX digalakkan memohon.
- Mampu bertutur dalam Bahasa Melayu & Inggeris.
- Graduan lepasan ijazah diploma, sarjana muda dalam bidang berkaitan digalakkan memohon.
- Pemohon mesti sanggup bekerja di Jaya One, Section 13, Petaling Jaya, Selangor.
- Bekerja sepenuh masa.
- Dibuka untuk warganegara Malaysia SAHAJA.
Faedah :
- Insuran kesihatan disediakan.
- EPF + Socso disediakan.
- Kenaikan gaji serta bonus mengikut kriteria dan kelayakan atas pertimbangan pihak atasan.
- Tuntuan claim disediakan untuk perkara-perkara berkaitan.
Hantarkan permohonan anda kepada hafriz@driven.com.my sebelum 30 September 2012.
No related posts.