Hari ini Ramlah Ram akan melancarkan single terbarunya berjudul “Aspirasi Hati.”
Album ini telah diterbitkan oleh kelab peminat Ramlah Ram sendiri yang dikenali sebagai ‘Ramlah Ram Group” (RRG) dan ia merupakan album pertama artis Malaysia yang diterbitkan oleh kelab peminat yang berdaftar.
Secara dasarnya”Aspirasi Hati” mengandungi 10 buah lagu dan 2 buah lagu bonus. Antara lagu-lagu yang terkandung dalam album ini adalah ’5 minit’, ‘Takdir Cinta’, ‘Sejadah Cinta’, ‘Sesaat Kau datang’, ‘Hati’, ‘Benar mencintai’, ‘Seandainya’, ‘Cinta Gila’, dan ‘Aspirasi.’
Single ’5:00 minit’ Ramlah Ram feat Caprice ini merupakan single pengenalan Album terbaru Ramlah Ram berjudul ‘Aspirasi Hati.’ Lagu tersebut merupakan lagu ciptaan ID Mifzal, Komposer yang melonjakkan nama Ramlah Ram bersama SleeQ melalui lagu Hit “Sesaat Kau Datang,” manakala liriknya ditulis oleh BAM Ariz.
Di petang Jumaat yang indah ini, jom kita layan lagu baru Ramlah Ram dan Caprice berjudul ’5 minit.’ Semoga anda semua terhibur!!
Related posts:
- Ramlah Ram Tampil Penyanyi Rap Untuk Single Terbaru, Sesaat Kau Datang.
- Video: Ramlah Ram & Dato’ Siti Nurhaliza Nyanyikan Semula Lagu “Ombak Rindu”!
- Ramlah Ram Bercerai, Tiada Kesefahaman Lagi
- Caprice & Nik Irfan – Mamat Hensem Dendang Lagu Just The Way You Are Versi Melayu
- Video: Yuna Lancarkan Album Terbaru Berjudul ‘Terukir Di Bintang’!