Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 36478

[VIDEO] Peminat Tak Keruan Lihat Meerqeen & Austin Butler Dalam Satu ‘Frame’

$
0
0

meerqeen austin butler

Pelakon meningkat naik, Meerqeen mencuri tumpuan warganet sekali lagi apabila dia dilihat bergambar bersama pelakon popular Hollywood iaitu Austin Butler.

Artikel Berkaitan: Meerqeen Muat Naik Swafoto Bersama Ameera Khan Di Paris

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen ‘Kenen-Kenen’ Ameera Khan Dengan Meerqeen – ‘Kalau Ni Baru Sesuai’

Dua aktor kacak

meerqeen austin butler

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story (IG), Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam telah menghadiri ke acara pelancaran wangian terbaharu keluaran sebuah jenama terkenal antarabangsa.

Difahamkan majlis tersebut berlangsung di Paris, Perancis bersempena acara Paris Fashion Week.

Paling menarik perhatian adalah pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu bersama Austin Butler dilihat menjadi tumpuan lensa kamera pada malam acara penuh berprestij tersebut.

Menjengah ke ruangan komen di hantaran IG, rata-rata warganet teruja melihat ketampanan dua aktor berkenaan.

Dalam masa yang sama, pengikutnya juga bangga dengan pencapaian Meerqeen kerana dipilih menjadi salah satu wajah bagi jenama besar di dalam industri fesyen dan kecantikan.

@ameernashauqeen2

Meerqeen & Austin Butler in one frame? #MonsieurMeerqeenInParis #MeerqeenYSLtakeOverPFW #MeerKINGofYSL #meerqeen

? IN THE CLUB – TAUFIQ AKMAL

Sumber: Instagram Meerqeen


Viewing all articles
Browse latest Browse all 36478

Latest Images