Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35604

Khairul Fahmi Ditawar RM 3 Juta?

$
0
0

Khairul Fahmi Che Mat, 23, atau lebih mesra dipanggil Apek dikatakan mendapat tawaran sebanyak RM 3 juta oleh pasukan lain dan bayaran itu termasuk RM800,000 bagi menebus kontraknya dengan Kelantan yang masih berbaki tiga tahun.

Berita ini telah dilaporkan menerusi pihak Harian Metro, di mana sekiranya khabar angin yang disampaikan ini adalah benar, secara tidak langsung Apek bakal menjadi pemain bola sepak tempatan termahal, mengatasi bekas penyerang Selangor, Safee Sali yang menerima bayaran lebih RM2 juta untuk mewakili kelab Indonesia, Pelita Jaya FC.

Menurut Apek, dia sendiri tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai isu tersebut dan ingin menghormati kontrak yang masih ada bersama skuad Kelantan.

Saya perlu menghormati kontrak (bersama skuad Kelantan) yang masih ada. Saya tidak tahu bagaimana cerita ini timbul dan enggan memikirkannya.

Related posts:

  1. “Saya Terfikir Untuk Bersara Awal” – Khairul Fahmi, Penjaga Gol Malaysia.
  2. “Saya Bukannya Artis Dan Tidak Mahu Jadi Artis” – Khairul Fahmi Che Mat
  3. Leuniey Sahkan Dia Bukan Kekasih Khairul Fahmi!
  4. Khairul Fahmi Bersedih, Adik Kandung Meninggal Dunia
  5. Khairul Fahmi Che Mat Jadi Sekuriti Nepal

Viewing all articles
Browse latest Browse all 35604

Trending Articles