Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35659

20 Foto Hafiz Suip Di Seoul, Korea. Bersama Teman Wanita?

$
0
0

Hafiz Suip atau lebih mesra dipanggil Hafiz Af difahamkan telah membuat persembahan untuk pertandingan “ABU Radio Song Festival 2012″ yang telah berlangsung di stesen TV KBS Word, Seoul, Korea Selatan bermula 8 hingga 13 Oktober lalu.

Sewaktu berada di Seoul, penyanyi ini telah sempat merakamkan beberapa foto menarik untuk dikongsikan bersama peminat-peminatnya di Malaysia. Kesemua foto tersebut telah di muat naik menerusi laman Istagram Hafiz sendiri.

Ketika sibuk menempa nama dalam bidang nyanyian, penyanyi ini tidak lari dengan isu kontroversi apabila dia dikatakan sudah mempunyai teman wanita baru setelah hubungan cintanya dengan Adira putus di tengah jalan.

Akan tetapi Hafiz telah menolak dakwaan tersebut dan menafikan segala gosip yang diperkatakan oleh pihak media ke atas dirinya.

Lain pula ceritanya di laporan Harian Metro hari ini, apabila ada sumber telah memaklumkan bahawa dia pernah terserempak dengan Hafiz dan teman istimewanya itu di salah sebuah pusat membeli-belah sekitar Damansara, baru-baru ini.

Hafiz dan pasangannya ketika itu kelihatan sungguh romantik apabila jalan sambil berpegang tangan dan mereka kelihatan cukup mesra sehingga tidak mempedulikan banyak mata yang mencuri pandang ke arah mereka.

Namun begitu, menerusi beberapa foto yang telah dimuat naik oleh Hafiz sewaktu berada di Seoul, Korea, kelihatan seorang gadis turut berada disamping Hafiz. Adakah itu gadis yang dimaksudkan?

Oh, tidak! Gadis yang berada disamping Hafiz itu sebenarnya adalah “Kak Jue,” iaitu individu yang menemani Hafiz sewaktu di Korea dan mereka turut ditemani oleh seorang lagi yang dipanggil “Abang Zali.” Jadi, peminat jangan salah sangka ya.

Oleh itu, jom kita intai foto-foto Hafiz selepas ini. Enjoys!!

Hafiz, Seoul 1 Hafiz, Seoul 2 Hafiz, Seoul 3 Hafiz, Seoul 4 Hafiz, Seoul 5 Hafiz, Seoul 6 Hafiz, Seoul 7 Hafiz, Seoul 8 Hafiz, Seoul 9 Hafiz, Seoul 10 Hafiz, Seoul 11 Hafiz, Seoul 12 Hafiz, Seoul 13 Hafiz, Seoul 14 Hafiz, Seoul 15 Hafiz, Seoul 16 Hafiz, Seoul 17 Hafiz, Seoul 18 Hafiz, Seoul 19 Hafiz, Seoul 20

Related posts:

  1. Teman Wanita Sahkan Sudah Berpisah, Hafiz (AF) Kini Single
  2. Foto: Hafiz AF Kini Sudah Berpunya? Cantik Orangnya.
  3. (Gambar) Teman Wanita Noh Hujan?
  4. (Gambar) Aliff Aziz Mesra Bersama Teman Wanita Berlesung Pipit
  5. Hafiz Nafikan Sedang Bercinta, Ada Pihak Cemburu Dengannya

Viewing all articles
Browse latest Browse all 35659

Trending Articles